Account: (login)

More Channels


Are you the publisher? Claim this channel

Search in 126,298,072 RSS articles:

Page 1 | 2 | newer | newest

Latest Articles in this Channel:

  • 11/20/11--05:43: JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS (chan 2240275)
  • Salam Sejahtera dan salam ingatan yang berterusan.

    Lama tidak sertai segala macam segmen anjuran Blogger ni...kebetulan malam ini, tatkala memerah keringat (yeke?haha) membuat tugasan, kusinggah sebentar ke blog rakan dan tertawan hati la untuk sertai segmen ni. Maka.... :)

    Jom Join Kempen Tingkatkan Jumlah Followers


    Anjuran :
    Terjah Bicara@Azim Razak
    ( Jom la, kita pakat join ramai-ramai. Support rakan blogger. InsyaAllah ada faedahnya. )

    Tempoh masa kempen : 
    23/10/2011 - 29/10/2011 hingga jam 12.00 tengah malam
    ( tengok jam, sempat lagi kan. Ramai dah join, anda bila lagi? )

    "Jom berkumpul dan berkenal-kenalan."



  • 11/20/11--05:43: :: Bicara Malam :: (chan 2240275)
  • ‎(¯`v´¯)
    `·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.​¸¸.•*❤
    ~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــ
    مِ 

    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Apa khabar sahabat-sahabat semua? Sihatkah Iman kita?

    Permulaan agenda malam ini  terasa sedikit sayu. Berita pemergian seseorang yang jujurnya tidak kukenali secara peribadi, namun, aura kepimpinannya, pejuang muslimat yang gigih dan berwibawa membuatkanku mengenalinya...pemergiannya...benar-benar menyentuh hatiku.

    إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    Pulanglah wahai pejuang. Pulanglah kepada RABB Yang Maha Penyayang. Kudoakan rohmu beroleh keampunan dan rahmat di sisi-NYA...Al-Fatihah

    Pejam celik, pejam celik...lebih kurang dua minggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bagaimana persediaan kita? Tepuk dada tanyalah Iman.

    Ayuh sahabat-sahabat semua! Kita sambut bulan Ramadhan dengan Ilmu.
    Semoga Ramadhan yang bakal menjelma menjanjikan sinar keberkatan yang hakiki buat kita semua.
    Sementara Syaaban yang sedang kita lewati ini...seri-serikanlah dengan puasa sunat, sebagai latihan sebelum puasa Ramadhan nanti. Dan lain-lain Ibadat yang menghidupkan bulan Syaaban kita. 

    Dan saya...sebagai usaha me'refresh'kan kembali segala tenaga dan semangat, saya mencari kembali Majalah Dakwah yang saya beli setahun yang lalu. Alhamdulillah ketemu disebalik rak buku di rumah. :)

    Dalam edisi ini ada kupasan tentang puasa dan persediaan melalui bulan Ramadhan.
    Mencari aura Ramadhan melalui pembacaanlah kiranya :)

    Menyebut majalah ini, teringat detik-detik perkenalanku dengan majalah ini. Segalanya berlaku pada semester pertamaku di bumi Serdang. Jujurnya, selama 20 tahun kuhidup di bumi Allah ini, langsung tak pernah tahu kewujudan majalah ini. Tup...tup...tengah-tengah lepak di KUPUTRA ternampak majalah ini tersusun molek di rak itu. Sejak dari itu, setiap kali kujejakkan kaki ke KUPUTRA, pasti akan mencari majalah ini. Pendek kata bertambah bahan bacaan wajibku setiap bulan setelah menjadi warga kampus hijau. Alhamdulillah.

    Majalah Dakwah ini boleh juga boleh dibaca artikelnya secara atas talian.
    Rajin-rajinlah buat rombongan ziarah ke SINI

    Cukuplah kupromosi majalah tersebut. hehe...
    Sebenarnya malam ini, kumahu kongsikan sesuatu hikmah.

    Petikan ini kuambil dari isi majalah diatas juga. Buat muhasabah bersama di malam hari.
      
    "AKU HAIRAN MELIHAT..."
    Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati tetapi masih ketawa.


    Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

    Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin tetapi masih mengingat selain-Nya.

    Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya tetapi masih mahu mematuhinya.

    Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 



    Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka tetapi masih melakukan dosa.

    Aku hairan melihat orang yang sudah tahu dunia akan binasa tetapi masih mencintainya.

    SAIDINA ALI BIN ABI TALIB berpesan :- “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta.”

    Menghairankan sekali orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari tetapi ia tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
    Jadilah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
    Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.

    Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbatas.

    Salah satu daripada penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

    Sumber : Majalah Dakwah Isu 02 Julai/Ogos10

    Ting-ting : Mari Istiqamah Qiamullail sahabat-sahabat blogger sekalian :)



  • 11/20/11--05:43: SEGMEN | PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500 (chan 2240275)

  • Salam hembusan aura Aidiladha, so sweet rite? :)

    Kembali lagi, kali ini apabila melihat kesungguhan seorang rakan Blogger 'Genk' membuat  segmen barunya...dengan niat untuk mengumpulkan  blog-blog yang mempunyai follower bawah 500 orang. Menurut  catatannya, selepas tarikh tutup, Genk akan promote 5 blog sehari....Menarik bukan?
    Jadi apa lagi?  jom join dan support segmen rakan blogger :)


    :: KLIK DI SINI UNTUK SERTAI ::
     Tarikh Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang
     Sambil cuti sempena Raya Haji ni, alangkah indahnya meriahkan blog dengan segmen...hehe..insyaAllah ada manfaat bila bertambah kenalan ni...daaa..



  • 11/20/11--05:43: MUHASABAH AKHIR RAMADHAN (chan 2240275)



  •  Aku lihat Ramadan dari kejauhan....

             Lalu ku sapa ia, " Hendak kemana? "

    J     Dengan lembut ia berkata, " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan 
    pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun  Syawal..ia sudah tiba. ".

     Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ ' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa la dengannya ? '


    -Sumber FB PMIUPM-


    ***Salam Aidilfitri berutus senyuman buat semua sahabat blogger. 
    Maaf jika terdapat khilaf sepanjang semusim berblogger. 



  • 11/20/11--05:43: PERKONGSIAN INFO = TENTATIF PENGELUARAN PEMBIAYAAN PELAJAR LAMA SEMESTER 1 SESI 2011/2012 (SEPTEMBER) (chan 2240275)
  • TENTATIF PENGELUARAN PEMBIAYAAN PELAJAR LAMA SEMESTER 1 SESI 2011/2012 (SEPTEMBER)



    IPTA
    TARIKH TERIMA WANG
    UNIVERSITI MALAYA( INSTITUT PENGAJIAN SISWZH)
    07/09/2011
    UNIVERSITI MALAYA
    10/09/2011
    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
    07/09/2011
    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
    07/09/2011
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN CAWANGAN
    10/09/2011
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) & CWGN
    10/09/2011
    UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
    10/09/2011
    UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
    10/09/2011
    UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN & CAWANGAN
    10/09/2011
    UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
    10/09/2011
    UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
    10/09/2011
    UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
    10/09/2011
    UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
    10/09/2011
    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
    10/09/2011
    UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
    10/09/2011
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    10/09/2011
    UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
    10/09/2011
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
    10/09/2011
    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
    10/09/2011
    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
    10/09/2011
    UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
    15/09/2011



    ☆★★☆ kredit to blog ini

    Untuk lebih lanjut boleh klik di sini :)


    Mood Nailofar = Dalam dilema sama ada akan menjadi pengguna PTPTN lagi untuk yang terakhir kalinya ATAU buat pertama kalinya merasa wang biasiswa KPM. Proses pembatalan PTPTN dan urusan penerimaan kembali dokumen perjanjian bersama KPM amat menguji kesabaran dan dibelenggu pelbagai tanda tanya.  


    "Ya Allah, kepada-Mu kusandarkan harapan. Permudahkan segala-galanya. Sungguh hamba-Mu ini tidak kisah antara dua kebarangkalian tersebut. Yang penting, yuran pengajian semester ini dapat diselesaikan dan kudapat menyambung perjuangan dengan hati yang sejahtera."


    Sayang PTPTN ~ Budimu manis diingatan ~
    Selamat datang biasiswa KPM ~ hadirmu dinantikan, menenangkan kolam jiwa ~ InsyaAllah.



  • 11/20/11--05:43: Salam Aidiladha :) (chan 2240275)
  • Salam Aidil Adha buat semua, lebih-lebih lagi untuk keluarga tersayang :)

    Takdir Allah sangat indah, saya yakin "everything happen for a good reason!"
    Ketidak pulangan saya untuk beraya bersama keluarga ada hikmahnya, 
    kuatlah duhai diri..ini suatu pengorbanan! 

    Untuk berjaya, mesti rela berkorban! :)

    InsyaAllah..yakin dengan sebenar-benar yakin!

    Semoga segala urusanku berjalan lancar.

    Off to Rawang ~ 05112011 - 07112011



  • 11/20/11--05:43: Kitaran Kolej Hayat (chan 2240275)
  • ( Kredit gambar )

    Rasa baru sahaja pulang bercuti ke rumah.
    Rasa baru semalam selesai trip berikut :-

    Slot bersama penulis : Cikgu Abu Hasan Morad di Masjid Jawi, SPS, Penang.
    Konvoi Long Islands, Kelate ( seminggu...namun, rasa kejap sangat! )
    Kursus JP di Pantai Merdeka Resort, Kedah
    Konvensyen di SACC, Selangor...dll

    Selak-selak kalendar, huh...tiba masa untuk kembali ke bumi hijau L


    Monolog jap... 
    "Hey Ina!Kenapa perlu bermalasan? Sedangkan…
    Kalau nak diikutkan, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim lagi banyak daripada masa yang kita ada.”

    (Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna)

    Uwaaa...insaf-insaf...taknak da merungut lain kali..
    Setting niat kena betul...ikhlaskan hati ya Ina! J

    Bersama kita membina
    Masa depan yang lebih gemilang
    Kita tanamkan tekad di hati
    Berusaha menuju wawasan.
    ♥♥♥♫*¨*  layan lagu jap...hehe  


    Keberangkatan kali ini punya misi tersendiri. Jika diikutkan cuti semester kali inilah yang paling mewah sekali. Apa taknya, jangka masa cuti yang begitu lama, hampir menjangkau empat bulan lamanya. Rakan-rakan lain ramai yang bekerja, Ina? Ina....niat di hati memang nak kerja. Boleh menambah wang poket. Tapi...fikir-fikir, renung-renung....Ina pun kerja juga. Cuma bukanlah kerja yang mengharap dan jauh sekali menjanjikan  duit semata.Huhu... Semua ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Tetapi memerlukan kekuatan dalaman yang jitu. Bear in mind Ina, selagi nadi berdenyut, hidup perlu diperjuangkan. Sangat rugi masa senggang yang ada ( meskipun kau punya banyak rencana lain ) jika  tidak dimanfaatkan bagi menambahkan amal kebajikan, apatah lagi untuk diwakafkan ke jalan Allah. Hidup cuma sementara. Manfaatkan semaksima mungkin! ( harapanku tinggi menjulang mudah-mudahan insan-insan disekelilingku memahami tujuan dan nawaituku ini, Moga Allah redha  )


    Tentatif kolej hayatku menjelang esok...insyaAllah


    28 hingga 30 Jun 2011
    ★☆Kembali ke kampus hijau nan indah.TOF bakal berlangsung. Juga persiapan untuk BERJAYA. Bengkel Motivasi dan Kerjaya anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Johor. 


    1 hingga 3 Julai 2011
    ★☆Berjuang di medan BERJAYA. Moga berjaya semuanya!


    4 hingga 12 Julai 2011
    ★☆Perang saraf bersama team pantun UPM, bersiap siaga untuk bertempur!


    13 hingga 17 Julai 2011
    ★☆Temasya Pantun Inovasi Piala 2011 ( DERIA 2011 ) UiTM Melaka


    Hajat hati selepas usai program di atas, kuakan berangkat pulang...namun, masih ada suatu program lagi di hujung bulan ini...


    22 hingga 24 Julai 2011 ( ini belum muktamad lagi, masih berkira-kira untuk pergi. Jika ada wakil lagi, boleh kuundur diri )
    ★☆IJTIMAK HARAKIY KEDUA DAN SEMINAR  SIASAH SYAR’IYYAH: MENANGGAPI DEMOKRASI DAN PLURALITI  (WADAH-ABIM-PKPIM)


    ***nasib baik, Jelajah Amal Pulau Cocos ( JAPCO ), Australia tidak kedengaran khabar lulusnya. Jika tidak, tidak tahu lagi kapan mahu pulang kembali ke rumah. Mengemas barang-barang berharga ( banyak koleksi peribadiku ) harus dikemas selia setempat. Maklumlah, kamar yang menempatkan segala khazanah berharga itu akan dijadikan bilik menyambut menantu, jadi....kuperlu bereskan segalanya. Agar jiwaku lebih tenang kelak. Terutama sekali apabila berada jauh dari rumah. Risau jika tangan lain yang mengemas, habis hilang seri khazanahku itu!hehe


    Sesuatu yang pasti, cahaya Ramadhan yang dinanti :- sempurnakan misi bersama Saudari Maisarah dan projek jualan hand-made bersama adik2. Fokus ibadah dan luangkan masa bersama keluarga tersayang!InsyaAllah. 


    Moga Allah memberikan kelapangan untuk itu. Restui nikmat usia dan perjuangan ini. Wallahua'lam


    ♥♥♥♫*¨*♥♥♥♫*¨*


    Mood = Sangat berat hati nak melangkah pergi esok...Sedikit masalah yang berlaku ( sebenarnya melemahkan semangat ini ). Melihat keadaan mak yang dilanda demam pula. Baby Wadhhah yang semakin aktif. Semua itu memerlukan seseorang peneman di rumah untuk membantu meringankan kerja sebenarnya. Apapun, kudoakan yang terbaik! Semoga Allah SWT memelihara insan-insan yang kusayang! yakin dengan sebenar-benar yakin...Allahlah Penjaga yang terbaik. 



    MUHASABAH BERSAMA

    "Seandainya kita hidup untuk diri sendiri...

    kehidupan kita terasa sungguh singkat, 
    namun jika kita hidup untuk orang lain..
    untuk ISLAM lebih panjang dan BERMAKNA..."



  • 11/20/11--05:43: JOM PAKAT KE PESTA KONVO UPM (chan 2240275)
  • Tiada kata pembuka seindah lafaz mulia, "Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam kemesraan yang berpanjangan...."

    Lama sekali tidak menitipkan sesuatu di laman ini. Setelah menjejaki kaki kembali ke Kampus Hijau ini, selama itulah blog ini kubiarkan sepi. Ada sesuatu perubahan yang menanti di blog ini :)

    Detik waktu yang dilalui kini terasa penuh sekali, ada saja keperluan yang perlu kupenuhi saban hari. Ya, hidupku terisi! Namun, ada sesuatu yang ingin kulakukan yang belum punya kesempatan untuk kulunaskan. Jika telah tertulis 'perkara itu' rezekiku, pasti tertunai suatu hari nanti. Semangat buat diri, haha...

    Kembali ke tajuk entri setelah melalui mukadimah yang panjang! Pesta Konvo UPM kembali lagi. Jika tahun lalu, akulah yang paling teruja melihat kemeriahan pesta konvo ini, ( yelah tahun pertama di sini namun.. ) tahun ini...rasa seronok itu ada, yelah pelbagai macam barangan, makanan dll yang dijual ketika ini...( ada ke patut bab itu yang kufikir, haha ) Boleh shopping kan!hehe...namun, kebersamaan minggu ini bersama 'test 1', mengundang cabaran buat diri untuk fokus itu ini...Ya, itu ini! Mood pening sebenarnya... :)

    Straight to the point, kepada warga Kampus Hijau atau sesiapa jua kaum kerabat blogger yang tinggal berdekatan kawasan ini...jemput singgah ke mari...



    BOOTH JUALAN KBMUPM [SI INTERPRISE] 


    MACAM-MACAM ADA :)

    1. PRODUK ANA MUSLIM
    2. BUKU ILMIAH & NOVEL KELUARAN PTS
    3. BUKU ILMIAH & NOVEL KELUARAN PUBLICATION LAIN
    4. TUDUNG LABUH BIDANG 50 & 60
    5. STOKIN TANGAN/STOKIN KAKI
    6. PURDAH
    7. BROOCH CUTE
    8. BUTTON BADGE
    9. TEMPAHAN T-SHIRT KBM & T-SHIRT MUSLIMAH KBM

    DAN?????

    BANYAK LAGI... ^___^

    JEMPUT DATANG YE... AJAK KAWAN2...

    10 PAGI HINGGA 9 MALAM....
    GERAI NO.20...JUMPA DI SANA!



    *******************************************

    Minggu hadapan bakal melalui cuti pertengahan semester, yahoo! Sebelum itu, punya tugasan yang perlu dihantar sebelum pulang bercuti. Tidak kurang juga, tugasan yang menanti untuk dihantar selepas pulang bercuti. Sebelum itu, fokus TEST 1, masih berbaki 2 subjek lagi. Tempahan analisis daripada Cikgu Habsyah. Duty bazar konvo + kiosk + latihan drama + hal ehwal Program Tunas yang ditunda. Tiket bas belum dibeli. Ahhh.... Semoga dipermudahkan segala urusan dan kekal tabah dan kuat melalui kolej hayat ini. :)



  • 11/20/11--05:43: SANAH HELWAH MY MOM :) (chan 2240275)
  • ‎(¯`v´¯)
    `·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
    `·.¸.​¸¸.•*
    ~
    بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
     

    Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan salam kemesraan yang berpanjangan buat semua.
    Kembali bersua di malam hari.

    Hari ini...tanggal 18 Julai 2011, merupakan hari ulang tahun kelahiran ibuku yang ke-48.
    Muda lagi kan mak saya?hehe

    Sebenarnya, bukanlah tradisi keluarga menyambut hari lahir ni...cuma kerap kali mengingati dan telefon mengucapkan doa selamat. Tetapi apa yang berlaku tahun ini agak berbeda berbanding tahun-tahun yang telah berlalu.
     Apapun, semoga mak gembira hendaknya! Sayang kamu, mak...



    ,ø¤º°`°º¤ø,¸ Ħappч вiгƬĦαĐЧ ¸,ø¤º°`°º¤ø,¸

    ---------------()--()--()--()--()--()
    ---------------||--||--||--||--||--||-------------{*~*~*~*~*~*~*}----------@@@@@@@@@@@@@ 

    Hah, di bawah ada gambar kek...saya memang hantu kek. Alhamdulillah, hari ini selesai mengidam... ( ??? ) 

     Kek ini dibeli oleh akak saya yang pertama. Tika mentari terpacak di atas kepala, dia call saya, ajak g beli...tapi, sebelum tu dia tanya, "puasa ke?" saya yang sentiasa ikhlas ni pun jawab yelah..sebab memang puasa hari ini. Jadi, dengan drastiknya dia balas, "ok, ko diam ek...jangan bising2 gtau mak!" Tup....panggilan dimatikan..haha...itulah akak saya...sangat sopan :)   

    Apapun, dia balik sekejap tengah hari tu dengan membawa kek di atas...TQ ayong! Anda memang terbaik la..sejak2 berkerjaya ni...hehe...Bab beli kek serah kat dia.
      
    Kek di bawah pula.....huh, berbeda ceritanya.
    Dipendekkan cerita, hari ini anak cikgu saya yang Mak mengasuh tak datang..sebab sekolah cikgu cuti peristiwa hari kantin. Jadi, Mak amat berbahagialah rini...hehe
    Sempat pergi sekolah tengah hari tu, hantar bekal makan kat nak bongsu dia lagi. Haha...

    Petang...mak ada janji temu. Tetapi...tup-tup, cikgu call kata nak hantar anak dia jap...So... :)
    Sampailah kek ini di rumah bersama Fatnin Nabila dan Wadhhah Fatina.


    2 kek besday mak tahun ni...bertuah2 :) Alhamdulillah, rezeki mak.
    [ yeke...anak2 yang makan banyak..hehe ]

     Fatnin dan Wadhhah beli kek untuk mak. Disebabkan adik bongsuku balik lambat, habis kelas KAFA sambung g mengaji, jadi fatnin la tolong bantu mak potong kek. :)
    ***Fatnin = Dia nak tang bunga dengan daun atas kek tu je sebenarnya..hehe

    Ini pula Wadhhah namanya. Peneman mak setiap hari tolak hujung minggu jelah :)
    Dalam gambar nampak besar lak...padahal umur baru 7 bulan.

    Bonda Azizah Yusoff bersama anak-anak angkatnya.

    P/s : Syukran buat adikku...Hazirah, sebab ambilkan semua gambar ni.. Dia budak ponteng sekolah, jadi kena buli skit. Ada ke patut g kem 3 hari 2 malam dia minta cuti 2 hari kat cikgu???  
    Bakal cikgu...tolong handle bab ni...hehe 

    ★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

    Kesempatan kelapangan masa tatkala ini ingin kededikasikan buat mak, meskipun kutahu...Mak takkan baca pun blog kesayangan aku ni...hehe   Nak ajak buat fb pun taknak, inikan pula blog...haha

    Selamat ulang tahun ke-48 Mak :)
    Pejam celik...pejam celik...anak mak ni dah usia 21 tahun mak ( dah boleh kawen...tut )
    Terima kasih atas belaian kasih sayang, perhatian, sokongan dan segala-galanya yang telah dikau berikan.
    Teramat sayang kamu.
    Semoga Allah SWT memberkati usiamu.
    "Ya Allah, aku ingin menjadi saksi di hadapan-Mu kelak...bahawa insan ini, Bonda Azizah Yusoff merupakan Mak yang telah berbuat baik kepada anaknya!Sepanjang usianya, insyaAllah..." :)

    Mood = Esok rutin harian kuakan berubah...aku kembali kerja. Nak ada saving skit..so, Ina mesti rajin! Chaiyok2...

    _¶¶¶¶¶¶¶
    ______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    _____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    __.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    __.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`
    ´¯) ─────────█─█
    _¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-
    ████──█──█─█
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
    █──█──█──█─█
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
    ████──█──█─█
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
    ───███████─█
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
    ¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
    _¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
    __¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    __¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    __¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    ___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    ____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    _____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    ___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
    °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
    ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘
    _

    "Ya Allah..kurniakan lah kpd kami kejayaan di dunia dan di akhirat...Rahmatilah kedua ibu bapa kami...Bahagiakan mereka dunia dan akhirat....aminn"



  • 11/20/11--05:43: MEMUGAR SEMANGAT :) (chan 2240275)
  • Sekadar perkongsian di malam hari, nisfu Syaaban :)


    Album : Menuju Wawasan
    Munsyid : Unic
    http://liriknasyid.com


    Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
    Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
    Kuat usaha jujur dan amanah
    Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

    Umat islam harus cemerlang hari
    Ini mesti lebih baik dari semalam

    Jangan buang masa
    Siapa kata kita tidak boleh
    Kita ada Allah maha kuasa
    Kita punya kuasa tenaga
    Doa sebagai senjata
    Umat islam sentiasa boleh

    Umat islam zaman lampau
    Taat perintah Rasulullah
    Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
    Wawasan dunia dan akhirat

    Aqidah ibadah harus sempurna
    Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
    Ulama' warisan ambiya'
    Pegangan mereka harus diikuti
    Ajaran sesat wajib hindari

    Umat Islam harus cemerlang hari ini
    Umat Islam sentiasa boleh

    Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia


    MOOD = Sedang dibelenggu dengan suatu permasalahan yang perlu dirungkaikan segera. Lagu ini memugarkan kembali semangat dan keyakinan. Moga Allah redha. Bear in mind, "everything happen for a good reason!" :)



  • 11/20/11--05:43: SEGMEN SAYA BLOGGER IPTA/S (chan 2240275)
  • Salam kemesraan yang berterusan (",)
    Moga kita semua berada dalam perlindungan Allah SWT.

    Malam ini mari bersegmen lagi.
    Kali ini Ina dijemput oleh SI BUDAK KURUS untuk menyertai segmen 'Saya Blogger IPTA/S anjurannya.
    Murni sungguh usahanya untuk menghimpunkan blogger-blogger yang terdiri para pelajar IPT ini. Selain boleh berkenal-kenalan, boleh juga dimanfaatkan ke bidang lain. Mudah nak minta nota dan bahan bantu belajar yang lain. Terutama bagi subjek universiti la. ( saya nak nota TITAS, Hubungan Etnik...sapa ada sila angkat tangan..tut...hehe ) Lihat, pelbagai yang boleh dikongsikan. :)

    Mari kita sertai..sebagai tanda sokongan kepada Si Budak Kurus

    Ina blogger dari UPM, Serdang Selangor.
    Pelajar Jurusan Bacelor Pendidikan ( PBMP )
    Kini dalam semester 3, doakan saya selamat sukses! :)

    Ucapan = Terima kasih diucapkan kepada Cik Budak Kurus yang anjurkan segmen ini.
    Harap usaha kecil ini dirahmati oleh Allah SWT.
    Salam perkenalan berutus senyuman buat semua blogger IPTA/S. 



  • 11/20/11--05:43: :: Malam Pertama Bulan Ramadhan :: (chan 2240275)
  • Salam Ramadhan berutus senyuman...Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...
    Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
    Syukur...kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini. 

    Jadi, kesempatan bernafas di bulan Ramadhan ini alangkah indahnya kita sama-sama imarahkan dengan pesta Ibadah semaksima mungkin. Jika bukan sekarang bila lagi?

    Apa matlamat kita bulan Ramadhan ini?

    Masuk Ramadhan servis Iman, keluar jadi muslim budiman. InsyaAllah.
    Moga Allah Redha.

    Perkongsian...malam pertama bulan Ramadhan.

    Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW sabdanya : 
    "Apabila bermula malam pertama bulan Ramadhan menyerulah malaikat, katanya : 'Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan : Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah daripada meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya.' Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."
    [ Riwayat Tirmizi dan al-Nasa'i ]

    *Sumber Buku Soal Jawab remeh-temeh tentang Puasa
    ( Buku yang banyak membantu dan memotivasikan saya untuk beribadah dengan lebih berilmu )

    Akhir kalam, saya ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada semua rakan-rakan Blogger dan muslimin dan muslimat sekalian.
     Sama-sama kita hayati Madrasah Ramadhan ini.

    Semoga Ramadhan yang bakal dilalui menjanjikan sinar keberkatan Ilahi dan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas. InsyaAllah.



  • 11/20/11--05:43: Ceritera Musafir Ramadhan (chan 2240275)
  • (¯`v´¯)
    `·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
    `·.¸.​¸¸.•*
    ~
    بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 



    Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.


    Pertama sekali, marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diberi pinjaman nafas dan masih bernyawa untuk meneruskan titian kehidupan walau mehnah ujian sering bertandang. ( sayu hati untuk meneruskan entri ini, huhu ) 

    Sahabat semua, Ramadhan kian kepenghujung. Salam Akhir Ramadhan buat semua. 

    >>> Benarlah nukilan seorang kenalan kursus lewat empat tahun yang lalu..."masa takda masa nak buang masa dengan kita!"  huhu..

    Pejam celik...pejam celik...nah, Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita. Mari luangkan masa untuk sama-sama muhasabah kembali...detik masa yang kita harungi sepanjang Ramadhan ini. Tanya diri kita...

    ***Sudah puaskah kita berpesta menambahkan amal Ibadah? 
    ***Sudah direbutkah segala peluang yang ganjaran kebaikan dan bonus yang Allah SWT janjikan sepanjang bulan ini? 
    ***Sejauh manakah tarbiyah puasa di bulan Ramadhan ini berjaya mengubah diri kita untuk   menjadi hamba Allah yang lebih baik hari demi hari?
    ***Sudahkah kita berkorban harta benda dan tenaga kita dalam memberi sedekah kepada  insan lain? Sudah cukup bulatkan keikhlasan hati dalam beramal jariah tersebut? J

    Allah...Allah...Allah...

    Betapa kita mesti bersyukur dengan nikmat kesempatan yang kita peroleh ini. Ucapkanlah "Alhamdulillah".  

    ★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★
    CERITERA SEIMBAS LALU

    Ramadhanku kali ini amat berbeza dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Ramadhan yang kuharungi menyaksikan perjalanan genting bermusafir di bumi Taiyo. Terlalu banyak yang kupelajari lewat kembara itu. Ingin berkongsi segala ceritera sepanjang hari yang kulalui di sana, tentang erti kemanusiaan, pengorbanan dan nilai persaudaraan walaupun dari asal usul yang berbeza namun tetap rumpun yang sama! Tetapi banyak faktor yang membantutkan niat hatiku itu. Lantas semua itu terkubur di lubuk sanubari tanpa rakaman pengalaman. Huhu...

    Allah SWT Pengatur Yang Terbaik! Ternyata segala yang direncanakan bersesuaian dengan kudrat dan kemampuan hamba-Nya. Seorang teman meminta khidmat dan bantuanku untuk membantunya menyediakan Risalah Ramadhan ( 3 edisi pada awalnya ) untuk keluaran persatuan belia di daerah kelahirannya. Jujur kukatakan, pada mulanya dia menyuarakan hasrat itu, aku agak berat untuk menerimanya. Apatah lagi situasi aku di bumi Taiyo membatasi segala-galanya. Selain rencana aku sendiri yang punya pelbagai benda yang mahu dilakukan (",) Yelah, jangka masa cuti semester inilah medan terbaik untuk melaksanakan pelbagai perkara yang ingin dilakukan bukan? Buka semester nanti lain pula rencananya. Namun, seperti yang kukatakan diawal ceritera ini, Allah Maha Mengetahui. Sesuatu yang diatur sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Alhamdulillah...dengan bantuan Risalah Ramadhan lama yang kusimpan, koleksi tika sekolah dahulu, aku edit kembali dan segarkan dalam bentuk baru; ditambah pula buku rujukan terbitan Galeri Ilmu yang kurembat di perpustakaan awam; dan semestinya bantuan Syeikh Google (",) yang pakar bab mencari maklumat. Alhamdulillah...segalanya siap! Meskipun terlanggar juga dateline yang kujanjikan untuk beberapa edisi. Sebagai tanda penebus kelewatan dari tarikh yang kujanjikan, kugandakan usaha dengan menyediakan edisi keempat bagi risalah tersebut. Terima kasih kepada temanku itu kerana bersabar menanti risalah tersebut, walaupun kuakui banyak kelemahan...idea kurang bernas lantaran kurang mengkaji dan tiada inovasi sebenarnya untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Apapun, kubelajar sesuatulah dari tugasan 'bidan terjun' ini. Semoga Allah merahmati segala-galanya. 

    Dan perjalanan akhir Ramadhan...pastinya tugas selaku anak dara tak sahlah jika tidak membuat kuih raya. Dalam kesederhanaan lengkap jua. Biarpun ada yang hangit, hehe...itu sudah cukup membuktikan tahap kesungguhanku membakar biskut! J

    Ceritera Kad Raya pula; ku tidak menyangka antara rakan-rakanku ada yang masih setia menghantarkan dedikasi menerusi kad ini. Maklumlah, khidmat pos sudah naik harga sekarang. Jambangan terima kasih  buat mereka yang masih mengingati, melayarkan kad buat diri ini. Jujur, kutidak sempat membalas. Sudah usaha ( konon, mahu buat kad sendiri...ekoran banyak kertas-kertas warna dan bercorak yang berpotensi besar untuk dijadikan kad cantik!hehe...namun, kalut sana, kalut sini...permintaan kawan Abah untuk menyiapkan  kerja mereka, tak mampu kutolak permintaan berbayar ini...huhu...urusan penciptaan kad, begitulah akhirnya!sungguh kuberhutanglah kad raya tahun ini ) Dedikasi balasan menerusi alat teknologi yang lain mampukah  setanding dengan keikhlasan mereka mengutuskan kiriman tersebut?-monolog jap...aaabbbcccdddeee-------xxxyyyzzzz.... -

    Tup..tup...tibalah saat ini. Alhamdulillah, terlerai juga niat nak menaip di laman blog ini. Mahu melakukan perubahan di laman ini pun masih tiada rezeki untukku mengotakannya. Yakinlah, pasti berlaku suatu masa nanti...hehe      Semangat tu yang tak boleh blah...haha

    Dan esok, bakal pulang ke kampung tercinta. InsyaAllah direncanakan enam hari lima malam di negeri Tok Guru itu. ( harap dapat maksimakan peluang bersama keluarga tersayang ) Kemudian, balik rumah ( perancangan dengan kawan-kawan pun dah banyak ) dan perlu bersedia untuk pulang ke kampus hijau pula. Ya Allah, begitu pantas rasa masa berlalu! Semoga aku dapat melunaskan segala yang patut sebelum tiba detik itu.

    Penutup (",)


    Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun-tahun lepas. Dan semoga kita diberi pinjaman nafas untuk menghabiskan Ramadhan dengan jayanya ( bukan leka membeli belah untuk menyambut raya semata-mata...huhu ). Dan semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Amin..




  • 11/20/11--05:43: SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER : Saya Blogger Wanita (chan 2240275)
  • Kembali menyertai segmen para blogger.
    Disebabkan penyertaan Ina yang lalu dalam segmen anjuran LUNA LANUN ini mendapat sambutan yang baik, berpeluang juga berkenalan bersama kawan-kawan baru...jadi, segmen kali ini, ina bagi sokongan juga la :)


    Mahu sertai sila klik di SINI
    Tarikh Tutup : 1 Ogos 2011 ( 23:59 )



  • 11/20/11--05:43: SAYA DARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (chan 2240275)
  • Malam ini...
    Hajat hati nak offline awal..sebab esok nak start kerja. tapi, tiba-tiba nampak segmen best! Join :)

    Kawan-kawan, marilah...boleh tahu korang study di mana. kena satu tempat, ha..kan best!

    Tunggu apa lagi? terjah...

    ok, saya mula...

    Nama panggilan : Ina Nailofar

    Universiti : UPM ( bakal senior...akan naik semester 3, yahoo!!! boleh buli junior
    Kolej Pendeta Za'ba -KPZ-

    Jurusan : Bacelor Pendidikan ( PBMP )

    Ucapan = Bakal-bakal junior...sila daftar diri yea..boleh kenal-kenal...hehe  

    Ok...tamat.



  • 11/20/11--05:43: PERHATIAN : PELUANG MENDAPAT BIASISWA (chan 2240275)
  • Adakah anda siswa dan siswi di IPTA?
    Berminat untuk mendapatkan tajaan biasiswa?
    Ingin bebas dari belenggu hutang pinjaman pendidikan?
    Ayuh, tawaran biasiswa terbuka kini!
    jom, maklumat lanjut sila....


    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
    (Surah Ar-Rad, ayat 11)



  • 11/20/11--05:43: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER (chan 2240275)
  • Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
    Kembali bertemu di alam maya ini.
     Buat julung kalinya, Ina tertarik untuk menyertai satu aktiviti kegemaran para blogger ni. Kalian dah tahu ke belum? Saya pasti kamu semua pasti lebih mahir bab-bab ni kan? (",)

    ★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

    Segmen Mari Menambah Follower

    Dianjurkan oleh LUNA LANUN

    Oleh disebabkan segmen ini mudah je untuk disertai, jadi Ina manfaatkanlah peluang yang ada ini :)
    Bukan matlamat memburu jumlah follower yang didambakan ( cikgu, ada peribahasa 'sambil menyelam minum air kan?' hehe ), tapi tujuanku lebih kepada berkenalan dan meluaskan jaringan ukhwah dengan blogger semua.
    Terima kasih kepada Luna Lanun yang menganjurkan segmen ini. (Markah bonus ni coz takda dalam syarat ,hehe)

    Jadi, kawan-kawan tunggu apa lagi?
    Jom la sertai bersama-sama.

    Lagi ramai lebih meriah.


    Jika berminat, jom :: KLIK DI SINI ::

      Tarikh tutup : 25 Julai 2011

    ★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★
     
    Alhamdulillah, siap segmen ini. 
    Semoga segmen ini pemula dan bukanlah yang terakhir. (",)

     "Salam Perkenalan Berutus Senyuman kepada followers baru"



  • 11/20/11--05:43: SEGMEN KENAL BLOGGER SAMPAI JULING (chan 2240275)
  • Menyusul kini segmen kedua...hehe
    Layan...
    Sekali-sekala tolong SUPPORT  segmen para blogger. Seronok juga.
    Boleh menambah kenalan seantero blog (",)

    Kali ini dianjurkan oleh CIK NAJIHAH.   
    Simple je caranya. Jom kawan-kawan, jangan lepaskan peluang ini.
    Cepat tau, sebelum jam 12.00 malam ini.

    Kena jawab soalan cepumas Cik Najihah

    Nama femes : Ina Nailofar...hehe  
    Ini kegunaan pengganti diri di medan penulisan sebenarnya. Lama juga tidak menggunakannya kerana dah lama menyepi dari dunia itu :(

    Tempat blaja @ keje : Universiti Pentarbiahan Mujahidah ( UPM )
    "Di sini segala-galanya bermula...ceewah!" :)

    Kata-kata untuk Cik Najihah : Salam Perkenalan Berutus Senyuman :)
    Syukran jazilan, anjurkan segmen ini. Segmen kedua yang saya sertai sepanjang berblogging ni. 
    Semoga Allah SWT memberkati usaha anda! 
    Keep in touch...



  • 11/20/11--05:43: :: Alhamdulillah, bebas dari MALWARE :: (chan 2240275)
  • Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Lama juga menyepi seketika...sekitar seminggu!haha...selepas sehari sudah dikira lama, bukan? (",)


    Baru-baru ini, blog yang sedang kalian baca ini dilanda musibah. Hua...entah bagaimana boleh dijangkiti virus MALWARE...virus ke tu?hehe...Ina pun tak pasti sangat. Apapun, perasaan sangat terkejut tatkala mendapat tahu blog ini tidak dapat dilihat sebab amaran yang tertera itu. Ina testing dua orang, tanya mereka boleh buka ke tidak blog Ina. Sebab Ina cuba tertera amaran tersebut. ( sebenarnya walaupun tertera amaran page merah tersebut, blog masih boleh dibuka cuma kebarangkalian boleh merbahayakan komputer/laptop la...lalala ).


     Apabila dah pasti kesahihan mereka juga turut disambut oleh page amaran merah tersebut maka Ina mengambil langkah drastik dengan bertanya Tuan Syeikh Google la :)   Melalui usaha pencarian tersebut, Ina ketemu dua blog yang tuan empunya sangat baik. Sudi membalas email drastik Ina dan memberi cadangan penyelesaian. Syukur ke hadrat Ilahi, keesokan harinya, blog Ina sudah sihat walafiat. Kembali seperti dahulu. Cuma susun atur blog ini agak rumit, akan dijalankan usaha penyelenggaraan. InsyaAllah. ( Jika kalian pening melihat blogku, mohon ampun dan maaf yea )



    Ina tertarik untuk kongsikan petua dan tips-tips yang Ina peroleh dari dua insan blogger yang baik hati dan telah membantu Ina. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian berdua.

    First, MALWARE SOLVE PROBLEM by Farhan Nizam.

    1.check kat sini https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en
    buat ikut step dalam blog kami..

    2.kalau tak berkesan, kena tukar the whole blog dengan template baru..tunggu 2, 3 hari baru settle down..

    3.kalau tak boleh juga, mmg tak bole buat ape,terpaksa tukar link blog baru, pastu pergi kat setting blog lama and klik export blog, kemudian download then pergi ke blog baru, import xml blog lama..


     :: step yang lebih jelas sila rujuk di sini :: 

    Terima kasih lagi sekali. Beliau menghantar emel kepada saya pada 22 Julai 2011 ( Jumaat ) sekitar jam 2:21:03 am. Sangat drastik respon beliau! :) Tahniah diucapkan kepada hamba Allah ini.

    Seterusnya...blog kedua yang membantu saya. Pemiliknya bernama Suzana Samsudin. Kata beliau menerusi emel sulungnya "Awak kena check la link mana yg ada malware ya, pastu buang link tu". Yup, itulah yang saya lakukan dan Alhamdulillah...lepas buang pautan blog di sisi blog saya. Beberapa jam selepas itu, blog saya sudah boleh dibuka tanpa disambut oleh page amaran merah itu lagi.

    Saya juga ada bertanyakan tentang tips dan cara bagaimana kita nak kenal pasti link blog yang ada virus dan cara atasinya. Beliau menurunkan beberapa cara, walaupun kata beliau hanya berdasarkan pendapatnya sahaja. Namun, saya kira amat berguna dan dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati.

    1. Cuba elak guna templates free dari pihak luar. Guna templates yang sedia ada kat blogspot (kalau guna blogspot)
    2. Cuba elak guna background dari luar cam dari cutesblogtemplates ke atau yang sewaktu dengannya. Sebab pernah terjumpa blog yang terkena virus sebab ada link dari web tu.
    3. kadang-kadang virus ni datang dari bloglist kita, tak kan nak buang bloglist pulakkan. kena buang mana yang terkena virus je la.
    4. Boleh try pakai google webmaster tools untuk check malware kat blog kita
    5. Boleh juga check kat link ni http://onlinelinkscan.com/
    6. atau guna link ni http://www.urlvoid.com/ tuk check virus

    Untuk penerangan lanjut boleh baca kat blog (Anamarzablog) Alhamdulillah, benar-benar membantu saya!

    Sangat berterima kasih kepada beliau. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian berdua.

    ☆★★☆Kepada Farhan Nizam @ LiFe KaMi

    Kedidi sekawan di pohon delima,
    Terbang bersama tuju ke hutan,
    Budimu tuan saya terima,
    Teguh bertakhta dalam ingatan.

    ☆★★☆Kepada Suzana Samsudin

    Tanam lagundi tumbuh kelapa,
    Terbit bunga pucuk mati,
    Budi Puan saya tak lupa,
    Sudah terpahat dalam hati.


    Mood = Blog ini perlu dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Susun atur alat perlu diperkasakan. Harap maaf jika ada pengunjung yang terganggu dengan keadaan ini ;)



  • 11/20/11--05:43: ★☆PENANGAN USRAH MINGGU INI ★☆ ☆ (chan 2240275)
  • Siapa tengok rancangan Usrah edisi 24 Jun 2011? Tajuk usrahnya "Ambang Perkahwinan" gitu  J
    (harapnya tiada kaum Adam yang menonton kerana waktu siaran tu merupakan masa solat Jumaat...
    kalian tidak patut berada di depan TV tika itu,ok?)

    Lupa lak nak mention, pastinya di TV9...haha
     ( walaupun ramai yang melayan Astro, namun Tv9 tetap dihatiku..hehe )

    Apa yang menariknya rancangan Usrah minggu ini? 
    Selama ni tengok usrah tak pernah ko buat entri?
    ★☆ ☆★★☆
    Haha...Ina kasi bintang lagi untuk soalan di atas....hehe

    Buat muslimat yang menonton pasti tahulah, sebabnya usrah kali ni diadakan di UPM J
    Terdapat kenalan Ina pula yang mengikutinya. 
    dan...dan...dan...
    tajuknya agak menarik...hehe...agak je la...hihi
    ( bukti konkrit wujudnya entri ini...bla3 )

    Ok la, taknak ulas panjang-panjang. Ina terus ke bab yang menariknya. Haha..


    Inilah buku yang disyorkan oleh Ustazah Asni Mansor. 
    Sepanjang program Usrah tu buku ini yang dipegangnya.
    Siapa dah baca angkat tangan? (",)
    Siapa yang ada beli pun angkat tangan...Ina nak pinjam...hehe

    Pendapat Ina la, bagi sesiapa yang nak melangkah ke alam perkahwinan tu harus baca buku ini. Kenapa kena baca?Haha...tu la orang cakap kena baca dulu baru tahu...urm nya... J

    Saja search di google, ( well, Ina kan rajin ) maka, terjumpa satu blog ini yang menceritakan tentang buku inilah...
    Lantas, kutemui kata-kata ini...kuabadi kalam itu di sini....jom hayati J

     "hidup rmhtangga tidak hanya wujud di atas hubngan romantis, perasaan cinta dan harapankan mendapatkan kasih sayang yg tulus dan murni dari pasangn idup. tetapi sebuah perjuangan utk menghadapi realiti  kehidupan suatu pengabdian  utk memikul beban dan tanggungjawab agama dan bentuk jihad utk mempertahankan  keutuhan rmtangga secara bersama2"- Syawana Aziz

    ★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

    ( gambar sekadar penyeri...patuh pada tema entri je k..hihi )

    Ting ting : Rasa nak g beli buku tu..RM 18...nak hadiahkan kepada kak Yong yang bakal melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi. Tapi sebelum bagi, boleh la Ina baca dulu...hehe   Orite kan my planning? J

    ╔══╗
    ╚╗╔╝
    ╔╝(¯`v´¯)
    ╚══`.¸. ALLAH

    Sekian dahulu...wassalam



Page 1 | 2 | newer | newest